ad1

Top Bisnis Online

Makanan Kegemaran Rasulullah s.a.w

Makanan Kegemaran Rasulullah s.a.w

Berikut ialah merupakan makanan kegemaran Nabi s.a.w, diharap makanan tersebut juga dapat kita amalkan seharian kerana itu ialah sebahagian dari sunnah nabi s.a.w.


1. Barli-bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma-Nabi bersabda rumah yang tiada kurma ialah seperti rumah yang tiada makanan.

3. Buah Tin-buah dari syurga,boleh mengubati buasir.

4. Anggur-Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut.


5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.


6. Tembikai (segala jenis) -  Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.


7. Susu- Nabi bersabda susu baik untuk membuang panas badan.Menguatkan belakang,memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

8. Cendawan- Baik untuk mata dan perancang keluarga.


9. Minyak Zaitun- Rawatan kulit dan rambut.Melambatkan penuaan dan merawat radang perut.

10. Delima- Membersihkan tubuh dari syaitan dan bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Air-Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.


sunnah nabi
Antara makanan sunnah Nabi s.a.w




Syarat-Syarat dan Cara Memohon Biasiswa JPA

Syarat-Syarat dan Cara Memohon Biasiswa JPA

biasiswa JPA
logo JPA


 Untuk makluman pelajar yang ingin memohon biasiswa dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) , pelajar perlu mempunyai syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak tajaan.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
1.Warganegara Malaysia;
2.Umur tidak melebihi 25 tahun pada atau sebelum 1 Januari 2013.
3.Memiliki Sijil Penuh bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melayakkan lantikan ke perkhidmatan awam termasuk kepujian dalam Bahasa Melayu dan Ujian Lisan pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
4.Telah menerima tawaran kemasukan ke tahun pertama (1) pengajian (Bagi lepasan Matrikulasi/Asasi/STPM) atau tahun kedua (2) dan ke atas di peringkat ijazah pertama dan mempunyai baki 2 tahun pengajian; dan
5.Tahun pertama peringkat diploma dari mana-mana IPTA (kecuali UPSI).


CARA MEMOHON

Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) sahaja. Permohonan adalah percuma. Cara memohon adalah seperti berikut:


(i) pemohon boleh mengemukakan permohonan mulai tarikh iklan dikeluarkan dengan 


(ii) pemohon dibenarkan menghantar satu permohonan  sahaja tetapi dibenarkan 
mengakses sebanyak 3 kali untuk mengemaskini atau  meminda sebelum tarikh 
tutup permohonan. Hanya permohonan yang terkini sahaja diambil kira sebagai 
penerimaan permohonan.
(iii) borang permohonan atas talian yang dimuat turun, dicetak dan dihantar melalui 
pos tidak akan diproses.

(iv) permohonan secara atas talian tidak memerlukan penghantaran salinan sijil-sijil, 
kecuali dinyatakan dalam “Slip Pengesahan Permohonan Biasiswa JPA Tahun 2013”
  
(v) pemohon hendaklah memastikan proses permohonan  telah sempurna dengan  
mencetak “Slip Pengesahan Permohonan Biasiswa JPA Tahun 2013” sebagai 
bukti permohonan telah dibuat.

(vi) Pertanyaan mengenai  masalah teknikal semasa mengisi borang permohonan 
atas talian boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3541, 03-8885 3552,  
03-8885 3554 dan 03-8885  3653.Talian-talian ini dibuka setiap hari dari jam 8.00 pagi
 hingga 5.00 petang (Isnin – Jumaat).
  
(vii) pertanyaan mengenai  program tajaan boleh dibuat dengan menghubungi 
talian 03-8885 3049 (10 talian) pada setiap hari bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga 
5.00 petang atau e-mel di alamat esila@jpa.gov.my. 

*25/3/2013 - UPDATE ~ TAJAAN BIASISWA JPA BAGI SESI 2013/2014 AKAN DIBUKA PADA PERTENGAHAN BULAN JULAI 2013 UNTUK PERINGKAT DIPLOMA & IJAZAH DALAM NEGARA.*

*Tawaran permohonan biasiswa bagi sesi 2013/2014 akan diberitahu apabila tawaran ini telah dikeluarkan oleh pihak JPA. Sebarang perubahan saya akan kemaskini dari masa ke semasa*


Keistimewaan Wanita Menurut Hadis

Keistimewaan Wanita Menurut Hadis

Assalamualaikum dan salam sejahtera,di sini saya berkesempatan ingin berkongsi tentang kelebihan aatau keistimewaan seorang wanita.Ada 19 keistimewaan wanita menurut hadis iaitu:-

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki karena sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang senantiasa menangis kerana takut akan Allah. Dan orang yang takut akan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah saw di dalam surga).

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak
perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan
mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a. berkata, "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu surga. Masuklah dari mana saja pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya

terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?"
Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu surga mana saja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam surga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlahpara malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

wanita solehah hiasan dunia
seindah hiasan ialah wanita solehah


Ramadhan: Sahur Menurut Sunnah Rasulullah SAW

puasa cara nabi
buah kurma



Kita memulakan hari pertama Ramadhan dengan bersuhur terlebih dahulu sebagai amalan praktikal puasa. Suhur merupakan satu ibadat yang sangat besar di sisi Allah SWT dan rasul SAW bahkan ia merupakan ciri-ciri muslim. Pada zaman Nabi SAW mereka membezakan antara puasa yahudi, nasrani dan muslimin di mana pada puasa muslimin itu mempunyai suhur.
Perkataan sahur yang digunakan dalam bahasa melayu berasal daripada perkataan suhur yang bererti perbuatan bangun sebelum fajar untuk makan. Adapun perkataan sahur pula bererti makanan yang dihidangkan ketika bersuhur.
Kelebihan dan hikmah difardhukan sahur
1. Membezakan puasa kaum muslimin dengan puasa yahudi dan nasrani
Daripada ‘Amru bin Al ‘Ash, sesungguhnya Nabi SAW bersabda,
فَصْلُ مَا بَيْنَ صِيَامِنَا وَصِيَامِ أَهْلِ الْكِتَابِ أَكْلَةُ السَّحَرِ
Maksudnya: “Perbezaan antara puasa kita dan puasa ahlul kitab adalah makan sahur.” (riwayat Muslim)
Apabila disebut beza puasa kita dengan puasa ahlul kitab, ini menunjukkan ia bukan suatu perkara yang ringan kerana antara dasar dan prinsip agama kita adalah mengelakkan daripada tasyabbuh (menyerupai) golongan-golongan kuffar. Sabda Nabi SAW,
مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ
Maksudnya: “Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia adalah daripada kaum tersebut.” (riwayat Abu Dawud)
Sebab itu kadang-kadang sekiranya hadis ini difahami dalam bentuk yang terlalu literal akan menyebabkan orang yang memakai pakaian atau seluar yang berasal dari barat atau mencontohi gaya orang barat berpakaian contohnya seluar jeans, akan digelar Nasrani.
Pada pendapat saya, seluar jeans yang dipakai jika longgar, tidak menampakkan bentuk tubuh badan, menutup aurat dan tidak menggambarkan ciri-ciri maksiat seperti lukisan bergambar dan sebagainya maka tidak menjadi masalah untuk dijadikan pakaian. Cuma di sana ada perkara-perkara yang dibicarakan oleh para ulama agar seorang muslim itu menjaga himmah (kredibiliti), contohnya seorang guru mungkin tidak ada masalah untuk mengajar sambil memakai seluar jeans yang menepati syara’ tetapi berkemungkinan dengan cara dia berpakaian tersebut akan menyebabkan penuntut ilmu menjadi ragu-ragu untuk mengambil ilmu daripadanya.
Sebab itu para ulama salaf sangat menjaga penampilan mereka sehingga terbuku kitab-kitab yang membicarakan secara khusus tentang menjaga himmah.
Bab kredibiliti dan menyerupai orang kafir adalah dua bab yang berbeza. Walaubagaimana pun kita tidak menafikan bahawa memang ada ulama-ulama kita yang berusaha menjaga agama, mereka berpandangan tegas di dalam isu ini.
Sebab itu kita mendengar perbahasan-perbahasan ahli ilmu sebahagiannya menjelaskan tentang hukum memakai tali leher; ia bukan pakaian Islam tetapi berasal daripada barat. Orang yang memakainya pula beranggapan pandangan sebegitu adalah pandangan yang kolot dan jumud tetapi yang mengkritik itu sendiri meninggalkan kewajipan sebagai seorang muslim seperti tidak menyimpan janggut dan sebagainya. Ini masalahnya pula, dia mengkritik perkara-perkara yang datang daripada Islam tetapi pada masa sama dia sendiri tidak mengamalkan Islam.
Para ulama bukan saja-saja mengeluarkan hukum, mereka berusaha agar tidak wujud di sana tasyabbuh. Sebab itu jangan terkejut dengan adanya pandangan yang lebih tegas, sehingga ada kitab khusus yang membicarakan hukum makan menggunakan sudu dan garfu.
Walaubagaimana pun fokus kita dalam perbahasan ini adalah membicarakan tentang suhur. Jelas bahawa suhur membezakan antara puasa orang Islam dan puasa ahli kitab. Maka kita mesti berusaha untuk bersuhur walaupun hanya dengan seteguk air.
2. Pada sahur itu ada keberkatan
Sabda Nabi SAW,
تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السَّحُورِ بَرَكَةً
Maksudnya: “Bersahurlah, kerana sesungguhnya pada sahur (makanan) itu ada keberkatan.” (riwayat Al Bukhari dan Muslim)
Begitu juga sabda Nabi yang diriwayatkan oleh Imam Ibn Hibban,
السَّحُوْرُ كُلُّهُ بَرَكَةٌ فَلاَ تَدَعُوْهُ وَلَوْ أَنْ يَجْرَعَ أَحَدُكُمْ جُرْعَةً مِنْ مَاءٍ فَإِنَّ اللَّهَ وَمَلاَئِكَتَهُ يُصَلُّوْنَ عَلَى الْمُتَسَحِّرِيْنَ
Maksudnya: “(Makanan) Sahur itu seluruhnya adalah berkat, maka itu janganlah kalian meninggalkannya walaupun hanya dengan seteguk air, sesungguhnya Allah dan para Malaikatnya mendoakan orang-orang yang bersahur.”
Walaupun hanya dengan seteguk air kita dituntut juga untuk memakan sahur.
Makanan terbaik untuk bersuhur
Perkara ini adalah faedah yang boleh dipetik daripada hadis Nabi SAW. Sabda Nabi SAW,
نِعْمَ سَحُوْرُ الْمُؤْمِنِ التَّمْرُ
Maksudnya: “Sebaik-baik sahurnya mukmin itu adalah dengan tamar.” (riwayat Abu Daud)
Tamar ialah kurma kering, sama ada ia dibiarkan kering di tangkai ataupun ia dipetik dan kemudian dijemur. Ia berbeza dengan ruthab iaitu kurma basah. Berbeza juga dengan balah iaitu kurma muda. Kurma ada jenis-jenisnya, seperti kurma ‘ajwa yang Nabi sebutkan secara khusus di dalam hadis, kurma ajwa biasanya dibiar kering di tangkai.
Jadi apabila tiba masa untuk bersuhur, Nabi SAW memilih kurma kering. Apabila Nabi menyebutkan “sebaik-baik” bererti ada kebaikan untuk kita memakan tamar ketika bersuhur.
Sekiranya tidak ada makanan, sudah kenyang atau tidak ingin makan maka minumlah sekurang-kurangnya seteguk air.
Melewatkan untuk bersuhur
Dari Anas beliau meriwayatkan daripada Zaid bin Tsabit,
تَسَحَّرْنَا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ قَامَ إِلَى الصَّلَاةِ قُلْتُ كَمْ كَانَ بَيْنَ الْأَذَانِ وَالسَّحُورِ قَالَ قَدْرُ خَمْسِينَ آيَةً
Maksudnya: “Kami dulu pernah makan sahur bersama Rasulullah SAW lalu baginda bangun untuk melakukan solat.” Aku -Anas- berkata, “Berapakah jarak antara azan (maksudnya iqamah) dengan makan sahur?” Zaid menjawab, “Dengan kadar waktu yang diperlukan untuk membaca lima puluh ayat.” (riwayat Al Bukhari dalam Kitab as-Shiyam)
Maksud azan yang diertikan dalam hadis ini ialah al-iqamah. Di negara kita ada diletakkan waktu imsak iaitu 10 minit sebelum masuk waktu subuh. Mereka menetapkan waktu imsak ini atas dasar berhati-hati. Tetapi tiada dalil daripada hadis Nabi yang menetapkan waktu imsak.
Imsak yang mereka tetapkan adalah waktu mula menahan diri daripada makan dan minum, sedangkan waktu mula menahan diri kembali kepada waktu mula berpuasa, iaitu apabila telah terbit fajar shadiq. Jadi waktu imsak yang sebenarnya adalah apabila masuknya waktu untuk solat subuh. Dan jarak antara azan subuh dengan solat subuh itu adalah lebih kurang 50 ayat.
Ini yang diceritakan oleh para sahabat RA. Maksudnya di sini ialah Nabi SAW melewatkan waktu bersuhur. Nabi tidak makan sahur pada jam 2 atau 3 pagi. Apabila Nabi melewatkan makan sahur, berlaku beberapa isu seperti kata Nabi SAW di dalam hadis,
إِذَا سَمِعَ أَحَدُكُمُ النِّدَاءَ وَالإِنَاءُ عَلَى يَدِهِ فَلاَ يَضَعْهُ حَتَّى يَقْضِىَ حَاجَتَهُ مِنْهُ
Maksudnya: “Jika salah seorang di antara kalian mendengar azan sedangkan bekas makanan terakhir masih ada di tangannya, maka janganlah dia meletakkannya hingga dia menunaikan hajatnya (makan) hingga selesai.” (riwayat Abu Dawud, dinilai hasan sahih oleh Albani)
Ini menunjukkan bahawasanya pada zaman Nabi SAW telah berlaku isu atau situasi di mana orang masih makan ketika azan dikumandangkan. Ini sekali lagi membuktikan bahawa pada zaman Nabi, waktu suhur itu dilewatkan, bukan diawalkan dan tidak wujud istilah imsak pada masa itu. Kita boleh makan sehingga diyakini telah terbit fajar shadiq.
Hukum bersuhur
Dari hadis-hadis yang lalu maka dapat disimpulkan di sini bahawa hukum bersuhur adalah sunnah muakkadah berdasarkan tiga qarinah (bukti); pertama ialah perintah Nabi supaya bersuhur, kedua bersuhur membezakan puasa muslimin dan puasa ahli kitab, ketiga larangan Nabi SAW daripada meninggalkan suhur.
“Sahur itu makanan yang dipenuhi dengan keberkatan, maka janganlah sama sekali kalian meninggalkan ia.” (riwayat Ibn Hibban)


ADAB-ADAB MEMBERI SALAM DALAM ISLAM

ADAB-ADAB MEMBERI SALAM DALAM ISLAM

Segala puji bagi Allah semata-mata dan shalawat serta salam semoga sentiasa dicurahkan kepada Rasulullah SAW yang tiada Nabi setelahnya.
Sesungguhnya salam itu merupakan sunnah terdahulu sejak zaman Nabi Adam a.s sehingga ke hari kiamat, dan salam merupakan ucapan para penghuni syurga, Dan ucapan mereka di dalamnya adalah salam. Salam merupakan sunnah para Nabi, tabiat orang-orang yang bertakwa dan semboyan orang-orang yang suci. Namun, dewasa ini, benar-benar telah terjadi kekejian yang nyata dan perpecahan yang terang di tengah-tengah kaum muslimin! Jikalau engkau melihat mereka, ada saudara semuslim yang melintasi mereka, mereka tidak mengucapkan salam kepadanya. Sebahagian lagi hanya mengucapkan salam hanya kepada orang yang dikenalinya sahaja, bahkan mereka merasa aneh ketika ada orang yang tidak dikenalinya memberi salam kepadanya, mereka mengingkarinya dengan menyatakan “Apakah anda mengenali saya?”.
Sedangkan yang demikian itu merupakan penyelisihan terhadap perintah Rasulullah SAW sehingga menyebabkan semakin menjauhnya hati-hati mereka, semakin merebaknya perangai-perangai kasar dan semakin bertambahnya perpecahan. Bersabda Nabi SAW : “Tidaklah kamu akan masuk syurga sehingga kamu beriman, dan tidaklah kamu dikatakan beriman sehingga kamu saling mencintai. Mahukah kamu aku tunjukkan kepada sesuatu yang jika kamu mengamalkannya nescaya kamu akan saling mencintai, iaitu sebarkan salam di antara kalian.” (HR Muslim).
Di dalam hadits Muttafaq ‘alaihi, ada seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW, “Islam bagaimanakah yang baik?” Rasulullah SAW menjawab, “Memberi makan dan mengucapkan salam kepada orang yang engkau kenali mahupun yang tidak engkau kenali.” (Muttafaq ‘alaihi).

Maka yang demikian ini merupakan suatu anjuran untuk menyebarkan salam di tengah-tengah kaum muslimin, dan bahawasanya salam itu tidaklah terbatas kepada orang yang engkau kenali dan sahabat-sahabatmu sahaja, namun untuk keseluruhan kaum muslimin.
Adalah Abdullah Ibnu ‘Umar r.a pergi ke pasar pada pagi hari dan berkata :Sesungguhnya kami pergi bertolak pada pagi hari adalah untuk menyebarkan salam, maka kami mengucapkan salam kepada siapa saja yang kami jumpai.”
Salam itu menunjukkan ketawadhukkan seorang muslim, ia juga menunjukkan kecintaan kepada saudaranya yang lain. Salam menggambarkan akan kebersihan hatinya daripada dengki, dendam, kebencian, kesombongan dan rasa memandang rendah kepada orang lain. Salam merupakan hak kaum muslimin antara satu dengan lainnya, ia merupakan sebab tercapainya rasa saling mengenali, bertautnya hati dan bertambahnya rasa kasih sayang serta kecintaan. Ia juga merupakan sebab memperolehi kebaikan dan sebab untuk seseorang masuk syurga. Menyebarkan salam adalah salah satu bentuk menghidupkan sunnah Rasulullah SAW.
Bersabda Nabi SAW : “Lima perkara yang wajib bagi seorang muslim ke atas saudaranya, menjawab salam, mendo’akan orang yang bersin, memenuhi undangan, menjenguk orang sakit dan menghantarkan jenazah.” (HR Muslim).
Wajib bagi sesiapa yang diberi salam menjawab dengan jawapan yang serupa sebagai bentuk ittiba’ terhadap perintah Rasulullah SAW. Dari Abi Sa’id Al-Khudriy r.a, Rasulullah SAW bersabda : “Jauhilah oleh duduk-duduk di pinggir jalan!” mereka berkata, “Ya Rasulullah, kami tidak boleh meninggalkan majlis kami ini dan juga bercakap-cakap di dalamnya.” Maka Rasulullah SAW menjawab, “Jika engkau enggan meninggalkannya, maka berilah haknya jalan.” Mereka berkata, “Apakah haknya jalan itu wahai Rasulullah?” menjawab Rasulullah, “Menundukkan pandangan, menyingkirkan gangguan, menjawab salam serta amar ma’ruf nahi munkar.” (Muttafaq ‘alaihi).
Imam Nawawi Rahimahullah berkata : Ketahuilah, sesungguhnya memulai salam itu adalah sunat, dan membalasnya adalah wajib. Jika si pemberi salam itu jumlahnya ramai, maka yang demikian ini merupakan fardhu kifayah ke atas mereka, maksudnya jika sebahagian telah mengucapkan salam bererti mereka telah melaksanakan sunat salam atas hak keseluruhan mereka. Jika yang diberi salam seorang diri, maka wajib ke atasnya menjawabnya. Jika yang diberi salam ramai, maka menjawabnya adalah fardhu kifayah atas hak mereka, maksudnya jika salah seorang daripada mereka telah menjawabnya maka gugurlah kewajipan bagi yang lainnya. Namun, yang lebih utama adalah memulai memberi salam secara bersama-sama dan menjawabnya dengan bersamaan pula.”


ADAB-ADAB SALAM
1. Disunnahkan tatkala bertemu dua orang di jalanan, iaitu orang yang berkenderaan supaya memberi salam kepada yang berjalan kaki, yang sedikit kepada yang ramai dan yang muda kepada yang tua. Bersabda Nabi SAW : “Hendaklah salam bagi yang berkenderaan kepada pejalan kaki, yang berjalan kaki kepada yang duduk dan yang sedikit kepada yang ramai.” (HR. Muslim).
2. Seharusnya orang yang hendak memberikan salam kepada kaum muslimin ialah denganmengucapkan salam dan bukan dengan ucapan ‘selamat pagi’ atau ‘selamat datang’ ataupun ‘hello’, hendaklah dia memulainya dengan salam kemudian baru dia boleh menyambutnya dengan sapaan yang diperbolehkan di dalam Islam.
3. Disukai bagi seorang muslim yang akan masuk ke rumahnya, mengucapkan salam terlebih dahulu, kerana sesungguhnya berkah itu turun beserta salam, bersabda Nabi SAW : “Jika engkau hendak masuk ke rumahmu, hendaklah engkau salam, nescaya berkat akan turun kepadamu dan keluargamu.” (HR Turmudzi).
Dan jika tidak ada seorangpun di dalamnya, maka ucapkan, Assalamu’alainaa ‘ibaadillahish shaalihin.” (HR Muslim).
4. Seharusnya mengucapkan salam itu dengan suara yang dapat didengar namun tidak mengganggu orang yang mendengar dan membangunkan orang yang tidur. Dari Miqdad r.a berkata :“Kami mengangkat untuk Nabi bahagiannya daripada susu, dan beliau tiba saat malam, mengucapkan salam dengan suara yang tidak membangunkan orang yang tidur dan dapat didengar oleh orang yang jaga.” (HR Muslim).
5. Dianjurkan untuk memberikan salam dan mengulanginya lagi jika terpisah daripada saudaranya, walaupun hanya dipisahkan oleh tembok. Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda, “Jika seseorang di antara kalian bertemu dengan saudaranya, hendaklah dia memberi salam, dan jika terpisah antara keduanya oleh pohon, tembok ataupun batu besar lalu bertemu kembali, hendaklah kamu mengucapkan salam lagi kepadanya.” (HR Abu Dawud).
6. Ramai ulama’ memperbolehkan seorang lelaki mengucapkan salam kepada seorang wanita, dan sebaliknya, selama aman daripada fitnah, sebagaimana seorang wanita mengucapkan salam kepada mahramnya, maka wajib juga atasnya untuk menjawab salam daripada mereka. Demikian halnya seorang laki-laki kepada mahramnya wajib atasnya menjawab salam dari mereka. Jika dia seorang ajnabiyah (wanita bukan mahram), maka tidaklah mengapa mengucapkan salam kepadanya ataupun membalas salamnya jika wanita tersebut yang mengucapkan salam, selama aman daripada fitnah, dengan syarat tanpa bersentuhan tangan/jabat tangan dan mendayu-dayukan suara.
7. Daripada hal-hal yang tersebar di kalangan manusia adalah menjadikan salam itu berbentuk isyarat atau memberi tanda dengan tangan. Jika seseorang yang mengucapkan salam itu jauh, maka mengucapkan salam sambil memberikan isyarat tidaklah mengapa, selama dia tidak dapat mendengarmu, kerana isyarat ketika itu menjadi penunjuk salam dan tidak ada pengganti selainnya, juga demikian dalam membalasnya.
8. Dianjurkan bagi orang yang duduk mengucapkan salam ketika dia hendak berdiri di dalam majlisnya. Sebagaimana sabda Nabi SAW, “Jika kamu mendatangi suatu majlis hendaklah memberi salam, dan jika hendak berdiri hendaklah juga memberi salam, dan tidaklah yang pertama itu lebih berhak daripada yang terakhir”. (HR. Abu Dawud)
9. Disunatkan berjabat tangan ketika memberi salam dan memberikan tangannya kepada saudaranya. Nabi SAW bersabda : “Tidaklah bertemu dua orang muslim kemudian berjabat tangan kecuali Allah akan mengampuni dosanya sebelum berpisah”. (HR. Abu Dawud dan Turmudzi).
10. Menunjukkan wajah yang ceria, bermanis muka dan tersenyum ketika salam. Sebagaimana sabda Nabi SAW : “Senyummu kepada saudaramu itu sedekah”, dan sabdanya pula “Janganlah engkau remehkan suatu kebajikan sedikitpun, walaupun hanya bermanis muka terhadap saudaramu”. (HR. Muslim)
11. Disunatkan memberi salam kepada anak-anak sebagaimana Rasulullah SAW sentiasa melakukannya, dan yang demikian ini adalah suatu hal yang menggembirakan mereka, menanamkan rasa percaya diri dan menumbuhkan semangat menuntut ilmu di dalam hati mereka.
12. Tidak diperbolehkan memulai salam kepada orang kafir sebagaimana di dalam sabda Nabi SAW : “Janganlah mendahului Yahudi dan Nasrani dengan ucapan salam, jika engkau menemui salah seorang daripada mereka di jalan, desaklah hingga mereka menepi dari jalan”. (HR. Muslim) dan bersabda pula Nabi SAW : “Jika ahli kitab memberi salam kepadamu maka jawablah dengan wa’alaikum” (mutafaq ‘alaihi).
Maka hidupkanlah wahai hamba Allah, sunnah yang agung ini di tengah-tengah kaum muslimin agar lebih mempereratkan hati-hati kamu dan menyatukan jiwa-jiwa kamu serta untuk meraih ganjaran dan pahala di sisi Allah. Semoga salam dan shalawat sentiasa tercurahkan atas Nabi, keluarga baginda dan sahabat-sahabat baginda seluruhnya. Amin..
Semoga bermanfaat..

salam
bersalam serta berjabat tangan ialah sunnah Rasulullah

SUMBER DARIPADA

Senarai IPTA dan Politeknik Di Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera,di sini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang senarai IPTA dan Politeknik di Malaysia.Selain itu,anda juga boleh mengetahui permohonan kemasukan ke IPTA,Politeknik dan ILKA di laman web ini iaitu http://upu.mohe.gov.my/ . Di laman web ini anda boleh memohon,mengemaskini dan mengetahui keputusan permohonan anda. Dimaklumkan keputusan kemasukan ke IPTA dan Politeknik Premier bagi sesi lepasan SPM/setaraf telah pun keluar pada 17 Mei yang lepas , manakala keputusan permohonan ke Politeknik Konvensional akan keluar pada 24 Mei ini di laman web yang sama dan juga boleh merujuk kepada Portal Bahagian Pengambilan Pelajar,Jabatan Pengajian Politeknik.


Terdapat 20 buah IPTA di Malaysia iaitu:

1.Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)   
2. Universiti Teknologi Mara (UiTM) 
3.Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) 
4.Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) 
5.Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) 
6.Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) 
7.Universiti Malaysia Terengganu (UMT) 
8.Universiti Malaysia Sabah (UMS) 
9.Universiti Malaysia Pahang (UMP) 
10.Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 
11.Universiti Malaysia Kelantan (UMK) 
12.Universiti Malaya (UM) 
13.Universiti Putra Malaysia (UPM) 
14.Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 
15.Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) 
16.Universiti Sains Malaysia (USM) 
17.Universiti Teknologi Malaysia (UTM) 
18.Universiti Utara Malaysia (UUM) 
19.Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) 
20.Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) 

Bagi politeknik pula terdapat tiga jenis politeknik iaitu Politeknik Premier (bertaraf universiti),Politeknik Konvensional dan Politeknik Metro.Kesemuanya ada 32 buah politeknik bagi kemahiran teknik dan vokasional (TEVT).

Politeknik Premier ada tiga iaitu:

1.Politeknik Ungku Omar (PUO) 
2.Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) 
3.Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) 

Politeknik Konvensional

1.Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) 
2.Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS) 
3.Politeknik Kota Bharu (PKB) 
4.Politeknik Kuching Sarawak (PKS) 
5.Politeknik Port Dickson (PPD) 
6.Politeknik Kota Kinabalu (PKK) 
7.Politeknik Seberang Perai (PSP) 
8.Politeknik Melaka (PKM) 
9. Politeknik Kuala Terengganu (PKKT) 
10.Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) 
11.Politeknik Merlimau (PMM) 
12.Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) 
13. Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) 
14.Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) 
15.Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) 
16. Politeknik Muadzam Shah (PMS) 
17.Politeknik Mukah Sarawak (PMU) 
18Politeknik Balik Pulau (PBU) 
19.Politeknik Jeli (PJK) 
20.Politeknik Nilai (PNS) 
21.Politeknik Banting (PBS) 
22.Politeknik Mersing (PMJ) 
23.Politeknik Hulu Terengganu (PHT) 
24.Politeknik Sandakan (PSS) 


Politeknik Metro pula seperti berikut:

1.Politeknik Metro Kuala Lumpur (PMKL) 
2.Politeknik Metro Kuantan (PMKU) 
4.Politeknik Metro Johor Bahru (PMJB)
5.Politeknik Metro Betong (PMB)
6.Politeknik METrO Tasek Gelugor (PMTG) 










Menyedari Kelemahan Syaitan

Sesiapa pun ingin menampakkan kekuatan dan menyembunyikan kelemahannya di hadapan lawan,begitu juga dengan syaitan yang membisikkan ke dalam hati manusia tentang kemampuan serta kekutannya,tetapi tidak semua yang dibisikkan itu benar.

Mereka yang terpedaya dengan bisikan syaitan akan memohon perlindungan jin sebagaimana yang dibadikan dalam oleh Allah s.w.t dalam al-Quran yang bermaksud " Ada beberapa orang lelaki dalam kalangan manusia meminta perlindungan kepada beberapa orang lelaki dalam kalangan jin ,maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesukaran." (surah al-Jinn 72:6)


Kelamahan syaitan cukup banyak.Sebelum kita menghuraikan kelemahan-kelemahan yang digali daripada al-Quran dan sunnah ,kita perlu tahu bahawa syaitan dan manusia mempunyai kekuatan tersendiri.Jika syaitan mampu masuk ke dalam diri manusia dan menjadi qarin (pendamping) ,malaikat pun ada yang menyertai manusia.Hal ini dinyatakan dalam al-Quran ,maksudnya:"Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergilir-gilir,di hadapan dan belakangnya Mereka menjaganya atas perintah Allah s.w.t."(surah al-Ra'ad 13:11)
Kemampuan Terbatas

Antara kelemahan syaitan ialah kemampuannya terbatas.Jangan menyangka anda tidak dapat mengalahkannya. Allah s.w.t berfirman yang bermaksud "Sesungguhnya tipu daya syaitan itu lemah."(surah al-Nisa' 4:76)

Ini kerana ia tidak mampu memperdaya manusia sekalipun ia mampu menembusi angkasa,mencuri berita dari langit serta mempunyai potensi untuk menggoda.

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud :"Sesungguhnya,syaitan itu tidak ada kekuasaan atas orang yang beriman dan bertawakal kepada Tuhannya."(surah al-Nahl 16:99)

Al-Quran menyebut berulang kali mengenai perkara ini.Bahkan Allah s.w.t juga telah mengabadikan pengakuan syaitan pada hari kiamat kelak dalam surah Ibrahim yang bermaksud:

"Dan berkata pula syaitan setelah selesai perkara (hisab) itu:"Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu dengan janji yang benar dan aku telah menjanjikan kamu,lalu aku memungkiri janjiku itu kepada kamu;dan tiadalah bagiku sebarang alasan dan kuasa mempengaruhi kamu selain daripada aku telah mengajak kamu ,lalu kamu terburu-buru menurut ajakanku itu;maka janganlah kamu salahkan aku,tetapi salahkan diri kamu sendiri.Aku tidak dapat menyelamatkan kamu dan kamu juga tidak dapat menyelamatkan aku.Sesungguhnya,sejak dahulu lagi aku telah kufur ingkar (perintah Tuhan) yang kamu sekutukan aku dengan-Nya'Sesungguhnya orang yang zalim (yang meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya) mendapat azab yang tidak terperi sakitnya."(Surah Ibrahim 14:22)

Syaitan Takut akan Manusia

Seterusnya,kita perlu menyedari bahawa syaitan juga memiliki perasaan takut.Apapun yang berlaku ,kebenaran sentiasa berada di posisi yang kuat dan kebatilan sentiasa berada di posisi yang lemah.Syaitan sentiasa melakukan tipu daya ,pembohongan dan menghalalkan segala cara untuk mencapai tujuannya .

Sekiranya manusia telah bersiap sedia menghadapi syaitan ,maka tidak wajar untuk berasa takut kepadanya.Sepatutnya,syaitanlah yang takut kepada manusia .Sekiranya seseorang takut kepada Allah ,Allah akan menjadikan segala sesuatu takut kepadanya.Tetapi sekiranya dia tidak takut kepada Allah ,Allah akan menjadikannya takut kepada segala perkara.

Mengapa syaitan takut?Syaitan kenal Allah dan kebenaran janji-janji-Nya.Ia mengetahui bahawa Allah yang membela dan membantu hamba-hamba-Nya yang berlindung kepada-Nya.Dalam sebuah hadis,Rasulullah s..a.w bersabda yang bermaksud :"Wahai anak al-Khattab ( Umar ) .Demi Allah yang jiwaku ada dalam genggaman-Nya.Syaitan tidak mendapatimu melalui satu jalan,kecuali ia akan melalui jalan selain jalan (yang dilalui olehmu)." (Riwayat Muslim,Ahmad dan al-Nasa'i)

                                                                         dipetik dari Solusi Isu 47

Chord dan Lirik

Ulasan Film

ad2

Keimanan dan Keyakinan

Olahan Makanan

Tempo Doeloe

Tips dan Trik

Jaringan Iklan

Explore Indonesia