ad1
Top Bisnis Online
Boleh Buat Maksiat,dengan Syarat
Muslim
Juni 02, 2012
Beliau bertanya,apakah ada ruang kepada beliau untuk melakukan maksiat.Lalu dijawab oleh Ibrahim Adham:"Kamu boleh melakukan maksiat dengan syarat:
| dosa jangan ditambah iman jangan dikurang |
- Jangan kamu makan rezeki Allah kerana tidak layak orang yang makan rezeki Allah derhaka kepada Allah.
- Jangan kamu tinggal di bumi Allah kerana tidak layak orang yang tinggal di bumi Allah melakukan maksiat dan penderhakaan kepada-Nya.
- Buatlah maksiat di tempat yang Allah tidak nampak akan kamu.
- Sekiranya malaikat maut datang hendak mencabut nyawamu,maka katakan kepada malaikat maut untuk menagguhkan sedikit masa lagi umurmu supaya engkau sempat bertaubat.Sekiranya engkau dapat melakukan perkara tersebut,maka dipersilakan untuk melakukan maksiat.
- Sekeiranya Malaikat Zabaniah penjaga neraka datang hendak mengheretmu ke dalam neraka,maka katakan kepadanya bahawa kamu tidak akan mengikutinya.Sekiranya engkau dapat berbuat demekian,maka dipersilakanlah untuk melakukan maksiat."
![]() |
| segeralah kita taubat nasuha sebelum terlambat |
Setelah mendengar kata-kata tersebut,lelaki itu menangis teresak-esak kerana dia sedar bahawa tidak layak bagi seorang hamba Allah untuk melakukan maksiat kepada-Nya.Akhirnya,lelaki itu menemui jalan hidayah.Dia bertaubat kepada Allah s.w.t dengan bersungguh-sunnguh.Sejak itu,dia bersegera menuntut ilmu dan beramal dengannya serta menjadi hamba Allah yang soleh.

Tidak ada komentar :
Posting Komentar
Leave A Comment...